Archive for April 2015

Aku Kembali dan Pesta Buku Antarabangsa KL 2015

By : admin
Salam sejahtera semua. Dah lama aku tak kemaskini blog aku ni. Rasanya dah hampir 5 tahun. Salah satu sebabnya adalah kerana terlalu sibuk dengan kerja. Aku tak sempat nak imbas komik-komik dalam koleksi. Kalau sesapa yang baca manga mesti tahu betapa susahnya golongan peminat komik nak imbas manga. Lepas kena pula touchup apa yang patut supaya nampak macam baca manga digital padahal hanya imbas dari manga. Sudah tentu aktiviti ini adalah menyalahi hak cipta. Sebut pasal pengimbas ni adalah satu sebab juga tak dapat pos sebab pengimbas pun aku guna yang opis punya. Kalau korang semua harap aku nak pos komik yang lengkap tu jangan harap sangatlah kecuali kalau ada yang rajin tolong imbaskan dan aku boleh tolong editkan. Tapi pastikan komik tersebut tiada hak cipta,


24hb hingga 3 Mei adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015. Pertama kali juga aku borong banyak komik kali ini. Antara komik yang menjadi koleksi aku adalah dari keluaran Maple comics dan Lejen Komik. Aku harap lepas ni banyak lagi komik dapat dihasilkan dengan pelbagai genre seperti juga novel keluaran Fixi dan Lenjen. Mungkin pada pos seterusnya aku akan beri ulasan komik-komik tersebut.

Sama seperti kisah Naruto yang muncul kembali dengan kisah anak dia Baruto. Aku kembali untuk memeriahkan kembali blog Komik Malaysia yang dah lama tidur.

- Copyright © KOMIK MALAYSIA - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -